Pengenalan Bisnes CEO Coffee

Sebelum anda sertai Bisnes CEO Coffee ini, izin saya perkenalkan diri terlebih dahulu. Nama saya Azham Zanal dan saya adalah seorang peniaga online yang menggunakan website sebagai cara menghasilkan pendapatan. Produk jualan saya sebelum ini ada banyak berkaitan dengan produk kesihatan untuk lelaki.

Selain itu saya juga adalah seorang Internet Marketer yang mana bidang kepakaran saya adalah membuat website dan menulis untuk blog pelanggan. Saya juga selalu mengadakan kelas blog yang mana dari situ pelanggan yang hadir dapat belajar cara menjana pendapatan dengan menggunakan blog dan website.

Diatas merupakan salah satu even terbesar yang pernah saya anjurkan iaitu Kelas WCB Premium yang diadakan di Bangi Putrajaya Hotel, di Bangi Selangor.

WCB ini bermaksud World Class Blog Premium Cased Study yang merupakan salah satu kelas yang mengajarkan tentang cara membina website perniagaan yang ranking di Google tanpa sebarang kos iklan. Ia dipanggil Teknik SEO yang membawa maksud Search Engine Optimization.

Gelaran saya dalam dunia Perniagaan Internet di Malaysia adalah Pakar SEO Malaysia. Saya juga mempunyai Video Course Panduan SEO yang dijual pada harga RM497. Panduan ini namanya adalah SEO Algo Fixed. Ia menerangkan tentang kaedah sama iaitu berniaga online tanpa keluarkan kos iklan.

Gambar diatas pula adalah jumlah pelawat harian ke website saya. Sebanyak 700 pelawat dijana setiap hari hanya dari aktiviti menulis blog, dan melalui teknik seo yang saya mahir lakukan, semua pelawat ini datang secara percuma tanpa sebarang bayaran.

Ini pula adalah jualan yang berlaku dari website saya untuk 3 bulan terakhir. Kebanyakkan pelanggan datang ke website dan membeli dengan cara whatsapp. Belian online didalam website memang tidak banyak direkodkan.

Ini cuma sebahagian kecil sahaja sales dari sebuah website. Saya mempunyai beberapa lagi website yang sedang membuat keuntungan sama.

Di atas ini pula merupakan income saya tahun ini (2019) dalam jualan produk Internet Marketing dan SEO. Semua jualan ini dilakukan secara sendiri tanpa bayar kos iklan.

Jadi untuk membimbing anda membuat jualan secara online, anda memang perlukan seorang yang pakar dalam selok belok perniagaan online dan sayalah orangnya.

Ini adalah serba sedikit intro tentang diri saya dan bagaimana saya boleh membantu anda merealisasikan impian memiliki bisnes online anda sendiri.

Adakah Anda Sedang Mencari Peluang Perniagaan Secara Part Time?
Jika Ya Sila Teruskan Bacaan

Anda mungkin suri rumah ataupun lelaki yang bekerja tetapi sedang mengintai peluang perniagaan untuk membuat pendapatan sampingan. Ramai orang yang saya kenal sering bertanya tentang keinginan mereka membuat bisnes online tetapi tidak tahu cara berniaga.

Mereka seringkali bertanya soalan tentang bisnes – bisnes yang mudah dilakukan dengan pulangan pendapatan yang tinggi. Sebenarnya untuk memulakan perniagaan memang tidak susah, mereka hanya perlu keluarkan modal.

Kadang – kala modal yang dikeluarkan tinggi sekali akan tetapi mereka sering juga kecundang dalam mendapatkan keuntungan melalui bisnes yang mereka sertai.

Apakah Faktor Utama Kenapa Mereka Sering Gagal Dalam Bisnes Yang Mereka Sertai?

Kebanyakkan penyebab utama yang saya lihat terutama bagi mereka yang berduit tetapi gagal dalam perniagaan yang dilakukan adalah kerana kekangan masa dan satu lagi mereka tidak monitor kesihatan bisnes yang dilakukan.

Sering kali terdengar mereka mengupah orang atau menyerahkan kepada pihak ketiga untuk melaburkan duit dalam perniagaan. Tanpa tahu faktor permintaan pasaran terhadap pelaburan yang diusahakan. Sering kali juga terdengar mereka kecundang, ditipu malah tidak mendapat balik modal dari perniagaan yang dilakukan.

Dalam Berniaga Rugi Memang Pasti, Tetapi Untung Belum Tentu

Akan tetapi bagi mereka yang pertama kali berniaga mereka tak nampak perkara seperti:

  • Kerugian
  • Promosi
  • Sustainable

Yang mereka nampak dan sering impikan adalah…

“Lepas dah ada bisnes ni pasti untung aku berlipat kali ganda, mampu tukar kereta merc dan beli rumah besar”

Tapi ini semua angan – angan sahaja. Sebab itu saya nyatakan, mengadakan perniagaan adalah mudah, tetapi nak bangunkan perniagaan adalah satu lagi tugas yang harus dipikul bersama. Ia sukar dan perlukan ketekunan.

Semasa saya mula – mula berniaga dulu pun, saya terus menggunakan iklan untuk melariskan perniagaan. Akan tetapi setelah seminggu saya run iklan dan peruntukkan USD100 sehari, satu jualan pun tidak berlaku.

Dalam beriklan pun sebenarnya masih ada banyak perkara yang kena tahu dan belajar. Bukan bermakna orang lihat iklan dan akan terus beli. Tidak sama sekali. Mereka yang dah klik iklan perlu di follow up sehingga berlakunya jualan. Andai pesaing anda mempunyai solusi yang lebih baik, maka jualan masih sukar terhasil.

Setelah lama berniaga online sejak 2009, pada 2014 barulah saya dapat kuasai bisnes online secara total.

Sebelum Ini Saya Banyak Fokus Pada Produk Mahal Dan Pelanggan 1 Level Sahaja..

Ini kerana saya dapati ia mudah dilakukan dan boleh menghasilkan pendapatan berterusan. Tetapi itu sewaktu permintaan produk banyak dan sentiasa ada. Saban tahun perniagaan yang saya jalankan kian merosot kerana pelanggan telah beralih kepada produk baru yang ternyata dapat menandingi produk yang saya jual.

Dalam tahun 2016 saya mulai sertai perniagaan network. Bisnes sama – sama dan pasang kaki dibawah. Akan tetapi nasib tidak menyebelahi kerana syarikat yang saya pilih lebih mengutamakan keuntungan berbanding kebajikan pengedar mereka.

Ini dapat dibuktikan didalam buku panduan pengedar mereka ditulis bahawasanya, pengedar boleh menjual lebih murah dari harga pengedar.

Dengan kata lain, pengedar yang dah lama dan besar networknya boleh buang harga. Dan pengedar baru teraniaya kerana gagal menjual dan mendapatkan ahli baru. Produknya pula bukan murah harganya, mencecah RM500 seunit dan pengedar lama buang harga sehingga 40%.

Mereka masih membuat keuntungan tetapi melalui network yang sudah besar.

Jadi Pemilihan Bisnes Network Juga Adalah Penting

Bisnes Network yang saya ceburi sebelum ini, mewajibkan saya membuat jualan sebanyak RM10,000 sebulan bagi melayakkan saya terima bonus untuk jualan personal. Bonus yang diterima adalah dari Point Value atau biasa disebut PV.

Jualan sebanyak RM10,000 melayakkan saya terima sebanyak RM1500. Dari 10k punya jualan ni saya boleh mendapat keuntungan runcit sebanyak 20% bersamaan RM2000. Akan tetapi kerana isu buang harga, pelanggan yang dah biasa beli akan minta harga ahli yang mana keuntungan runcit RM2000 ini tidak wujud sama sekali.

Saya berasa rugi menjalankan bisnes ini kerana HQ dah tetapkan, jual harga lebih murah dari harga anda beli sebagai pengedar boleh dilakukan.

Jadi produk yang dijual pada harga RM503, pelanggan boleh dapat harga terendah sekitar RM280 sahaja. Sedangkan modal untuk beli produk tersebut adalah RM380. Jadi harga terendah yang boleh saya letakkan untuk bersaing adalah RM380 dan masih jelas saya tidak boleh bersaing kerana pengedar yang sudah lama boleh menjual pada harga RM280.

Mereka rugi pada cukai jualan RM23, pada untung runcit RM100 dan kos mengambil stok pengedar RM100. Total rugi dari pembuangan harga adalah RM223 tetapi mereka masih untung dari PV dalam network yang telah besar.

Pendapatan mereka sehingga RM80,000 ke RM200,000 sebulan, bergantung pada besarnya network yang mereka ada. Jadi memang tiada masalah pada pembuangan harga yang sebegitu banyak. Sistem tersebut menjadikan mereka yang telah lama dalam bisnes ini semakin kaya dan pengedar baru tidak dapat bersaing.

Upline pula dalam group whatsapp push gila – gila semua orang untuk menjual. Jika dalam 3 bulan tidak perform, kami ahli baru ditendang keluar dari group support tersebut dan perlu buat semuanya sendiri.

Personal selling RM10,000 sebulan tidak mudah dilakukan tuan puan. Kami diajar fokus jual produk termahal yang harga RM500 tu supaya mudah nak capai target bulanan. Katanya sebulan baru 20 unit nak kena jual. Atau seminggu 5 botol.

Cakap Memang Senang!
Tapi Kami Di Push Untuk Buat Jualan 5 Botol Sebulan Pun Susah..
Dah Ramai Kami Approach Tetapi Bila Orang Dengar Harga Terus Diam Seribu Bahasa

Cukup setahun saya tidak lagi aktif mempromosikan produk mereka. Salah satu sebabnya, produk berharga RM503 tersebut rupa – rupanya mengandungi dadah dan tidak mempunyai KKM. Masa buat bisnes ni memang saya rasa dah kena scam. Apatah lagi bila dipaksa buat 10k jualan setiap bulan yang biasanya tak capai pun. Maka pendapatan dalam network hilang begitu sahaja.

Dalam tahun 2018 saya giat melakukan bisnes online yang sebelum ini supply income tetap dan banyak bergantung pada bisnes berkaitan Coaching dan Service Website & SEO.

Dan pada akhir tahun 2019, saya sekali lagi dipertemukan dengan bisnes network yang ingin saya kongsikan kepada anda. Bisnes network yang baru ini membolehkan anda hasilkan pendapatan dalam network sehingga RM12,280 dalam masa 13 bulan jika ikut kaedah duplikasi yang diajar.

Akan tetapi anda sebenarnya boleh lakukan dengan lebih cepat dalam masa kurang 6 bulan sahaja. Ini kerana Bisnes CEO Coffee ini dibuat oleh syarikat network yang saya sertai ini berdasarkan konsep 1-1-1.

Menggunakan produk paling murah dan perlu maintain 1 jualan untuk guna sendiri sahaja. Jika dalam bisnes network sebelum ini saya perlu maintain untuk guna sendiri sehingga RM3000 dan jualan berkumpulan mencecah RM7000, tetapi dalam syarikat baru ini maintain sendiri cuma 1 unit produk berharga RM35 sahaja dan jualan dalam kumpulan hanya RM500.

Ini adalah jumlah yang boleh dicapai jika dilakukan secara main – main sekalipun.

Nampak Menarik?
Jom Saya Kenalkan Anda Dengan Bisnes CEO Coffee

Bisnes CEO Coffee membawakan plan 1-1-1. Apa yang dimaksudkan dengan 1-1-1 ini?

Secara amnya, anda hanya perlu

  • Guna sendiri 1 kotak CEO Coffee pada harga RM35 sebulan
  • Anda perlu taja atau cari 1 orang sebulan yang berminat untuk buat bisnes ini.
  • Mereka juga perlu guna sendiri 1 unit dan taja seorang setiap bulan
  • Dalam 13 bulan, anda akan ada 12 orang downline yang tidak terbeban untuk maintain jualan personal RM35 sebulan.

Kalau anda bawa anak makan Mc Donalds, RM35 tu memang sekali belanja sahaja. Tetapi RM35 untuk sekotak kopi anda dapat 20 paket kopi untuk kegunaan sebulan.

Bulan Pertama

Rajah diatas menunjukkan anda jadi ahli dan taja seorang peserta baru dalam sebulan. 1 kotak kopi anda menerima 26 Point Value atau PV.

Network anda, peserta pertama juga beli 1 kotak kopi dan beliau menerima 26 PV.

Jumlah PV terkumpul dalam network anda sudah ada 52 PV.

Walaubagaimana pun, untuk melayakkan anda terima income, anda perlu mempunyai sebanyak 400 Group PV.

Bulan Kedua

Dalam bulan kedua anda mempunyai 4 orang didalam group. Yang mana M1 adalah downline anda, mula mencari seorang pengedar baru.

Pada bulan kedua, anda mencari seorang lagi pengedar baru yang ditandakan dengan M2. Masing – masing beli sekotak kopi untuk kegunaan sendiri.

Jumlah Group PV anda adalah 104 PV

Bulan Ketiga

Dalam bulan ketiga anda mempunyai 8 orang didalam group. Yang mana M1 adalah downline anda, mula mencari seorang pengedar baru untuk bulan kedua iaitu M1-M2.

Peserta M1 pada bulan pertama, mencari seorang pengedar baru iaitu M1-P2.

Pengedar anda bulan kedua M2 juga cari seorang pengedar baru iaitu M2-P

Anda juga mencari pengedar baru untuk bulan ketiga yang ditandakan M3

Jumlah Group PV anda adalah 208 PV

Bulan Keempat

Dalam bulan keempat, setiap pengedar dibawah anda melakukan duplikasi dan setiap seorang mencari seorang pengedar baru.

Anda juga perlu mencari seorang pengedar baru dan akhirnya, jumlah pengedar baru didalam group anda akan bertambah sekali ganda menjadi 16 orang.

26 PV X 16 orang bersamaan 416 PV terkumpul pada bulan keempat.

Seperti saya nyatakan, apabila anda mencecah 400 group PV anda akan layak menerima 4%. Pulangan yang anda terima adalah RM16.64

Masih terlalu muda untuk dapat pulangan sehingga RM12,280. Tetapi ini adalah stepnya. Dan setiap mereka yang duduk didalam network anda setiap bulan akan mencari seorang pengedar baru.

Kaedah ini tidak sukar dicapai kerana setiap orang cuma duplikasi cara yang sama dan masing – masing cuma perlu maintain sekotak kopi dan cari seorang pengedar baru setiap bulan.

Ini Yang Dinamakan Sistem Duplikasi

Tugas anda, apabila anda mendapat seorang downline baharu, anda hanya perlu ajarkan mereka tentang Projek Kopi 1-1-1

Dan orang dibawah anda yang ingin buat Bisnes CEO Coffee, mereka perlu di ajar untuk buat sistem 1-1-1 ini. Ia tidak sukar dan boleh dicapai dengan menaja seorang setiap bulan.

Taja bukan bermaksud anda sponsor keahlian mereka. Ini satu kaedah yang salah kerana mereka belum tentu ada keinginan membuat bisnes. Kelak mereka tidak cari seorang pun rakan untuk join.

Tetapi ianya perlulah seorang prospek yang benar – benar ingin membuat bisnes, dengan cara ini barulah network anda akan berkembang. Jadi mereka perlu daftar keahlian sebanyak RM26 dan bersedia untuk jalankan bisnes ini kelak.

Untuk Pengetahuan Anda, Saya Memang Penggemar Kopi Dan Kopi Ini Mempunyai Khasiat Dapat Merawat Penyakit Yang Saya Deritai.

Situasi saya sendiri, saya telah meminum sekitar 2-3 cawan kopi setiap hari. Nescafe kadang – kala sahaja saya minum. Dalam masa 2 minggu saya telah membeli 3 kotak kopi untuk kegunaan seisi keluarga.

Isteri saya minum dalam 2 ke 3 cawan dalam seminggu kerana beliau bukan penggemar kopi. Selebihnya saya minum sendiri dan juga bagi try kawan – kawan.

Pada minggu ketiga, saya topup sekotak lagi untuk kegunaan sendiri. Kemudian saya telah berjaya cari seorang rakan untuk sertai bisnes kopi ini dan beliau juga ambil sekotak kopi.

Pada masa yang sama saya telah berjaya jual 2 kotak kopi kepada 2 orang rakan yang ingin mencuba dahulu keberkesanan kopi ini untuk masalah yang mereka hadapi.

Saya join bisnes ceo coffee ini pada minggu kedua bulan November 2019. Jadi dalam 3 minggu, saya berjaya jual 2 kotak, minum sendiri 4 kotak dan sponsor 1 kotak. Keseluruhan adalah 7 kotak. Membawa kepada 182 PV.

Apabila Anda Meminum CEO Coffee Anda Akan Mendapat Healing Crisis

Healing Crisis ini terjadi kerana kandung Cendawan Lingzhi yang pahit rasanya dan mampu merawat sistem tubuh. Saya mempunyai berbagai penyakit seperti sembelit, pedih ulu hati dan juga kegemukan.

Disebabkan sembelit kaki dan tangan saya sering mendapat gatal – gatal yang merupakan komplikasi dari usus tersumbat. Apabila makanan yang dimakan gagal dikeluarkan sebagai najis, usus kita akan menyerap makanan yang telah lama terkumpul didalam usus.

Makanan yang tidak dikeluarkan sebagai najis sebenarnya menjadi sangat bertoksik dan apabila usus menyerapnya, ia meracuni tubuh badan kita sehingga terjadinya pelbagai masalah.

Semasa saya mendengar penerangan tentang CEO Coffee ini, saya telah dihidangkan dengan secawan kopi. Upline saya Pn Aiya menerangkan apabila kita meminumnya kita akan mulai mendapat kesan yang dipanggil “Healing Crisis”.

Walaubagaimana pun saya sungguh tidak menyangka yang semasa mendengar tentangnya sejurus dalam masa 15 minit ia terus menunjukkan kesan. Apa yang saya rasai semasa itu saya mengalami masalah pedih ulu hati yang biasanya perlu di legakan dengan sesudu gaviscon.

Waktu ini mulanya saya menyangka ianya adalah kesan sampingan, tetapi mujur Pn Aiya memberitahu ini adalah healing crisis. Ia akan trigger masalah – masalah yang ada dalam diri anda.

Saya juga sempat bertanya, berapa lama healing crisis biasanya berlaku?

Pn Aiya menjawab, tidak ada satu tempoh yang ditetapkan. Ini kerana ia bergantung dengan “keterukan” masalah yang dihadapi seseorang.

Proses yang dilakukan oleh Lingzhi adalah dengan mengembalikan tahap imuniti badan supaya badan kita dapat melawan penyakit yang kita hadapi. Proses ini mengambil masa jika menggunakan kopi.

Selain kopi terdapat banyak lagi produk – produk lingzhi yang dijual oleh syarikat network ini. Anda boleh memilih untuk pasarkan produk lain yang lebih mahal dan anjurkan downline anda berbuat perkara sama supaya lebih mudah PV dapat dikumpul dan lebih banyak pulangan RM.

Diatas Adalah Perkiraan Kasar Untuk 13 Bulan, Anda Sebenarnya Boleh Mendapat Lebih Banyak Pulangan Apabila Network Anda Cepat Berkembang

Ya pengiraan diatas adalah pada kiraan 1-1-1 iaitu sebulan anda cuma beli sekotak kopi, cari seorang member dan member tersebut beli sekotak kopi juga. Akan tetapi ramai yang telah berjaya dengan mencari lebih ramai member.

Dalam 3 ke 6 bulan, rata – rata mereka telahpun mencapai taraf tertinggi dan memperolehi RM20,000 setiap bulan apabila mereka dapatkan 3 ke 5 orang pengedar baru setiap bulan.

Lagipun harga CEO Coffee tidak mahal seperti produk kesihatan lain yang biasanya memerlukan anda berbelanja besar untuk maintain bulanan. Secara amnya anda boleh menerima bonus walaupun pada bulan tersebut anda tidak membuat sebarang jualan.

Selain menjual atau makan sendiri Kopi CEO anda juga boleh percepatkan pembinaan PV bulanan dikalangan ahli dengan menjual produk yang lebih mahal sekaligus mendapat PV yang lebih tinggi.

Kelebihan Bisnes CEO Coffee

  • Tidak perlu maintain yang tinggi, hanya sekotak kopi pada harga RM35 sebulan
  • Tidak perlu cari ramai pengedar, hanya 1 orang sebulan
  • Tidak perlu menjual jika anda tidak ingin menjual
  • Bimbingan berterusan dari upline anda

Pendekatan Bisnes CEO Coffee Jika Anda Daftar Dengan Saya

Bimbingan dari saya adalah seperti berikut:

– Saya sediakan video tutorial cara membuat blog sendiri

– Saya akan bawa anda ikuti kelas membuat blog dan belajar cara menulis blog yang mampu hasilkan pendapatan secara online.

– Dengan cara ini anda boleh mendapat pelanggan dari Google secara percuma dan berterusan

– Saya juga ajarkan anda untuk target jualan produk mahal yang membolehkan anda dapat kumpul PV yang lebih besar, untung runcit yang tinggi dan mudah menjana income banyak dan berterusan.

Bukti Carian CEO Coffee Di Google

Seperti yang saya nyatakan diawal pos ini, saya adalah seorang Pakar SEO iaitu saya menggunakan Blog dan Website untuk mendapatkan pelanggan dari Google.

Saya biasanya akan menulis tentang masalah yang diselesaikan oleh produk yang saya jual. Kemudian saya akan suggest penggunaan kopi ceo untuk bantu mereka selesaikan masalah ini.

Didalam Video Training, saya ada tunjukkan bagaimana saya buat sebuah blog kesihatan yang target orang yang mempunyai masalah pedih ulu hati.

Untuk nak buat kerja SEO ini, kita memerlukan software Keyword Tools yang mana software ini akan menggunakan database dari Google untuk menganalisa jumlah carian sesuatu keyword yang dicari pelawat.

Bila kita tahu keyword yang dicari pelawat di Google, barulah mudah untuk kita rankingkan website kita dengan sesuatu carian. Kelak apabila pelawat Google mencari cara selesaikan masalah mereka, barulah mereka boleh menjumpai website kita di Google.

 

Dalam screenshot dari software yang bernama Semscoope ini, saya dapat melihat yang keyword carian “Cara Hilangkan Pedih Ulu Hati” mempunyai carian sebanyak 480 carian. Selain itu pada bahagian “Keyword Ideas” pula menyenaraikan carian yang berkaitan dengan carian keyword yang saya cari.

Untuk info penyakit pedih ulu hati ini sangat berkait dengan penyakit gastrik, iaitu penyakit didalam perut. Jadi saya akan buat artikel cara hilangkan pedih ulu hati supaya pencari maklumat di Google boleh menjumpai blog saya dan didalam artikel saya akan ceritakan pengalaman sendiri hilangkan penyakit ini dengan meminum kopi ceo.

Pada part volume yang saya tandakan didalam kotak merah itu, merupakan jumlah carian bulanan di Google.

  • Pedih ulu hati – 3600 carian
  • Gastrik – 6600 carian
  • Penawar gastrik – 390 carian
  • Gastrik angin – 1000 carian
  • Petua hilangkan gastrik – 720 carian

Dengan menulis artikel berkaitan penyakit diatas, website anda boleh ranking di Google. Apabila pelawat menjumpai website anda dan berminat dapatkan solusi yang anda tawarkan iaitu CEO Coffee, dengan mudah jualan boleh terhasil.

Lagipun produk ceo coffee harganya murah dan mudah untuk dijual. Yang menjadi masalah anda biasanya adalah mencari individu yang mempunyai masalah dengan penyakit gastrik atau pedih ulu hati. Peluang terbuka luas apabila website anda berjaya ranking pada carian google dan mudah untuk hasilkan jualan.

Tugas anda seterusnya adalah berkongsi kebaikan CEO Coffee dan juga peluang bisnes ceo coffee yang mudah dilaksanakan. Jika mereka tinggal berdekatan, anda boleh jumpa dan terangkan sekali tentang manfaat lingzhi yang terdapat dalam ceo coffee.

Jika mereka tidak berminat dengan bisnes ceo coffee tidak mengapa, yang pasti jualan untuk ceo coffee sudah pasti boleh dihasilkan. Kelak apabila mereka sembuh dari penyakit yang dideritai dan mereka berkongsi, pasti terniat untuk guna dan buat bisnes pula.

Dalam software ini ia lengkap dengan cara untuk rankingkan website anda bagi carian sesuatu keyword. Pada belah kanan bahagian anak panah yang menaik keatas itu, ia menunjukkan trend carian sesuatu keyword. Bagi keyword “CEO Coffee” pula, ia mempunyai sebanyak 1600 carian.

Jumlah carian ini adalah berdasarkan carian untuk 12 bulan. Anda dapat lihat dari sedikit kepada menjadi banyak cariannya. Software ini akan senaraikan jumlah carian bagi 12 bulan yang lepas dan kemudian ia campur sekali dan bahagi 12 untuk mendapatkan purata carian.

Akan tetapi jika anda lihat carian bagi 3 bulan terakhir, carian ceo coffee adalah sebanyak 3600 carian. Ini bermakna sebenarnya untuk carian paling terbaru, website anda kelak boleh mendapat sekitar 3600 pelawat dalam sebulan bagi carian ceo coffee ini.

Nampak tak potensi pelanggan apabila website anda ranking pada muka pertama Google?

Sekarang Anda Dah Nampak RAHISA Saya Buat Bisnes CEO Coffee..

Apabila anda sertai Bisnes CEO Coffee didalam network saya, saya akan bantu sediakan Video Tutorial cara untuk bina website dan buat kerja seo anda sendiri. Dalam member area, saya akan tunjukkan cara untuk anda belajar buat website

Ingin Hasilkan Pendapatan Lumayan Dengan Bisnes CEO Coffee?

Jom Sertai Kami Sekarang

Bagaimana Cara Sertai Bisnes CEO Coffee?

  • Pendaftaran RM26 anda akan terima starterkit
  • Beli sekotak CEO Coffee sebulan

Anda juga boleh membeli lebih dari sekotak kopi CEO untuk kegunaan seisi keluarga. Rasanya yang sedap menyebabkan ramai orang meminum lebih dari 2 kotak setiap bulan.

Untuk teruskan pendaftaran, sila klik butang Join Dibawah.

Ingin Hasilkan Pendapatan Lumayan Dengan Bisnes CEO Coffee?

Jom Sertai Kami Sekarang