Kekal Sihat Dengan
CEO Coffee

Kopi Kesihatan Tanpa Berkorban Rasa Kopi Sebenar. Rasa Sekali Pasti Nak Lagi.

Apakah CEO Coffee

Kopi CEO adalah kopi pracampuran yang mengandungi herba cendawan lingzhi yang sangat baik untuk kesihatan seisi keluarga.

Ramai orang suka minum kopi tetapi risau dengan risiko yang terdapat pada kopi segera yang biasanya mengandungi bahan yang tidak diketahui dan memudaratkan kesihatan.

Namun kopi ceo sama sekali adalah kopi yang bebas pencemaran dan sangat baik untuk kesihatan. Menggunakan bahan – bahan premium supaya dapat kebaikan untuk menjaga sistem badan dari serangan penyakit berbahaya.

CEO Coffee tidak mengandungi lemak tepu dan mendapat pengiktirafan Halal dari Jakim.

Kebaikan CEO Coffee

  • Membantu Sistem Penghadaman
  • Melawaskan Dan Mengatasi Sembelit
  • Atasi Pedih Ulu Hati
  • Atasi Migrain
  • Mendatangkan Mood Ceria
  • Atasi Depressi / Stress / Kemurungan
  • Melancarkan Darah
  • Mencairkan Kolestrol
  • Baik Untuk Jantung
  • Rendahkan Tekanan Darah Tinggi
  • Menguruskan Badan
  • Menghilangkan Sakit Sendi
  • Menghilangkan Batuk Dan Asma

Kandungan CEO Coffee

Biji Kopi Asli

Dalam kopi ceo, kami menggunakan biji kopi jenis brazillian yang tinggi kualiti dan berciri premium. Ia bukan jenis kopi segera, ia merupakan kisaran biji kopi asli. Ia kaya dengan kafien yang baik dan dapat memanaskan badan menyegarkan fikiran.

Krimer Dari Minyak Kelapa

Krimer dari minyak kelapa berbeza dengan krimer yang biasa terdapat didalam kopi pracampuran lain. Ini kerana krimer jenis minyak kelapa harganya tinggi dan tidak mengandungi trans fat yang menyebabkan kolestrol melekat pada salur darah.

Gula Tebu

Gula tebu pula adalah gula yang asli. Biasa disebut gula perang yang merupakan gula asli yang tidak merbahayakan kesihatan. Jika gula putih, biasanya ia telah kehilangan mineralnya kerana melalui proses pemutihan.

Cendawan Herba Lingzhi

Cendawan herba lingzhi kami ditanam dalam persekitaran yang bersih serta mendapat pengiktirafan makanan kesihatan oleh Lembaga Akeditasi Makanan Kesihatan Taiwan.

Ia sangat bermanfaat untuk mengembalikan tahap kesihatan yang optimum, tinggi anti oksida dan membantu melawan penyakit didalam badan. Cendawan lingzhi ini juga berupaya singkirkan toksik yang berkumpul didalam darah, hati dan buah pinggang.

Apakah Sebenarnya Manfaat Cendawan Linzhi Ini?

Kira-kira 2,000 tahun dahulu, Lingzhi hanya digunakan oleh maharaja china untuk menjaga kesihatan dan mengekalkan keremajaan.

Pada asalnya, Lingzhi hanya layak dimakan oleh golongan diraja China bersesuaian dengan darjat dan taraf kedudukan mereka untuk menjaga kesihatan dan awet muda.

Tapi sekarang ni, Lingzhi telah dipasarkan secara meluas dan boleh dinikmati oleh kita semua termasuk haiwan dalam merawat pelbagai penyakit.

Lingzhi merupakan cendawan yang mempunyai nilai perubatan paling berharga kerana ia bersifat superior iaitu tidak membawa sebarang kesan sampingan walaupun dimakan sepanjang hayat.

Ia telah dibuktikan secara saintifik, selamat dan berkesan diambil oleh setiap peringkat usia dan keadaan kesihatan manusia.

Lingzhi telah dianggap oleh masyarakat Cina sebagai herba kesihatan yang bermutu tinggi sejak beribu-ribu tahun dahulu.

Ia juga digelar “Top Medicine” di dalam catatan ensiklopedia perubatan Cina yang pertama iaitu “Shen Nong Ben Tsao Jing” sejak lebih 2000 tahun dahulu.

Testimoni Pengguna CEO Coffee

Sejarah Bagaimana Pihak Shuang Hor Mencipta Kopi CEO

Sejarah bagaimana ceo coffee tercipta adalah semasa CEO Syarikat Shuang Hor melawat seorang rakannya Mr Terashima yang kemalangan jalan raya di Jepun. Doktor telah sahkan beliau menghadapi kerosakan saraf dan tidak boleh berjalan.

Rakannya menjadi lumpuh dan hanya boleh menggunakan wheelchair sahaja. Beliau melihat rakannya ini suka meminum kopi, jadi beliau offer untuk masukkan 2 kapsul lingzhi kedalam kopi rakannya tadi. Setelah habis secawan kopi dalam masa setengah jam rakannya mampu menggerakkan tangan.

Kemudian rakannya minta masukkan lagi kedalam cawan kopi yang seterusnya. Kali ini setelah setengah jam lagi, rakannya boleh mengangkat punggung beberapa saat sebelum duduk semula.

Mr Terashima Nampak Sinar Baharu…

Beliau kemudiannya mengamalkan 8 biji kapsul setiap hari dicampurkan kedalam kopinya. Selepas 3 bulan, Mr Terashima telah berjaya berjalan semula tanpa bantuan kerusi roda.

Kerana itu, jika anda teliti testimoni – testimoni diatas, ada dikalangan pesakit strok yang tidak boleh berjalan sudah mampu berjalan selepas mengamalkan kopi dan kapsul lingzhi ini.

Mr CEO seterusnya pulang semula ke Taiwan dan mula menggerakkan bahagian RND untuk membuat kopi lingzhi mereka sendiri. Selama ini pesakit terpaksa menelan lingzhi yang pahit rasanya. Namun apabila dicampur dengan kopi, ramai orang boleh mendapat manfaat lingzhi dan rasanya yang sedap.

Setelah 4 tahun dalam bahagian penyelidikan dan melalui banyak proses pemilihan bahan, maka terciptalah kopi lingzhi keluaran syarikat Shuang Hor yang diberi nama CEO Coffee. Untuk info, didalam setiap paket kopi ceo mengandungi setengah kapsul herba lingzhi.

Cara Guna CEO Coffee

Lingzhi seperti yang dinyatakan adalah herba yang bersifat superior iaitu ia tidak mempunyai kesan sampingan dan boleh diambil dalam jumlah yang banyak. Lebih banyak diambil, lebih cepat proses pemulihan sesuatu masalah boleh berlaku.

Anda boleh meminum mengikut kesukaan namun jika anda menggunakan untuk rawat sesuatu penyakit disarankan meminum kopi ceo sebanyak 3 ke 4 paket setiap hari.

Sepeket kopi ceo dicampurkan dengan 150ml air panas. Sedap diminum ketika masih panas suam.

Healing Crisis Yang Mungkin Berlaku

Healing Crisis adalah proses tindak balas apabila anda meminum ceo cafe. Ia melibatkan bahagian mana tubuh anda yang bermasalah. Sebagai contoh ketika pertama kali saya meminum kopi ceo ini, saya mendapat tindak balas rasa sakit urat pada sebelah kanan badan dan pedih ulu hati.

Situasi saya (penulis) memang seorang yang berbadan besar dan mempunyai masalah pedih ulu hati. Selalunya apabila masalah pedih ulu hati berlaku apabila saya memakan makanan yang agak pedas. Ianya akan berlarutan berjam – jam lamanya sekiranya saya tidak mengambil gaviscon.

Perbezaan ketara apabila pertama kali minum kopi ceo ini, ia trigger kesakitan pada area ulu hati saya. Tetapi keadaan ini tidak berlarutan, dalam masa 40 minit rasa sakit ini hilang sama sekali.

Kesan healing proses ini terus menerus berlaku kepada saya. Antaranya adalah kentut yang tidak henti – henti. Ini menandakan badan mempunyai banyak angin. Hanya selepas seminggu meminum kopi ceo barulah masalah sembelit saya hilang.

Sebelum ini saya tidak mempunyai masalah sembelit, tetapi selepas kerap mengambil gaviscon, masalah sembelit mulai terjadi. Ini kerana gaviscon bertindak menutralkan asid perut. Sistem penghadaman tidak berlaku dengan sempurna menyebabkan makanan yang diambil lambat untuk diproses keluar.

Akibat masalah ini saya juga tidak boleh memakan makanan laut dan yang diawet seperti sotong kering, belacan, udang kering malah makanan bercuka. Jika saya makan juga akan timbul biji – biji berair seperti kudis buta yang sangat gatal di jari tangan dan seluruh tapak kaki.

Kaki dan tangan saya menjadi berpeta – peta akibat kulit mengelupas dan gatal. Sampai nak pergi solat berjemaah di surau pun malu dengan keadaan ini. Selama sebulan setengah saya mengamalkan minum kopi ceo barulah masalah ini hilang dan kulit tangan menjadi elok semula.

Pernah satu hari anak saya yang berusia 2 tahun mendapat batuk selsema dan demam yang teruk. Bila batuk bunyi kahak yang banyak berkumpul dalam kerongkongnya.

Saya berikan dia minum kopi ceo sekitar 3 sudu waktu pagi dan petang. Hari pertama keluar hingus putih yang sentiasa meleleh dari hidungnya dan pada hari kedua hingus kuning kehijauan pula keluar sendiri dari hidung anak.

Pada hari ketiga keluar hingus putih jernih pula. Kelegaan terbesar adalah batuknya hilang sama sekali. Dan seandainya terdengar ia batuk sesekali, tidak lagi terdengar bunyi kahak berkumpul dalam kerongkongnya.

Banyak sekali kebaikkan yang saya dan anak dapat apabila meminum kopi ceo ini. Si kecil setiap kali nampak abah buat kopi, dia mesti nak juga sesudu dua kerana rasanya yang sedap dan khasiatnya yang tiada tandingan.

Saya kini telah berani makan makanan seafood dan lauk kegemaran iaitu asam pedas dan tidak perlu risau berlakunya kegatalan. Sebelum ini saya memang mengelakkan makan makanan yang ada belacan dan makan benda yang sama sahaja. Tapi setelah sistem penghadaman saya sihat, masalah – masalah diatas bukan halangan lagi untuk saya menikmati makanan kegemaran.

Saya juga dapati dalam masa 2 bulan meminum kopi ceo tanpa henti, jumlah makanan yang boleh masuk kedalam perut dalam satu masa adalah sangat sedikit. Selalunya makan mesti bertambah, tetapi setelah 2 bulan amalkan kopi ceo, saiz perut menjadi kecil.

Jadi jumlah makanan yang boleh masuk sepinggan adalah max. Jika saya cuba makan lebih, nanti perut rasa sendat dan tak sedap perut. Apabila pengambilan makanan menjadi sekadar keperluan, berat badan juga ikut menyusut dengan cepat.